8 Feb 2013

Aku Yang Ketiga


Oleh Sofia Zaharah

“Aku hadir ke dunia dengan cintaDan aku bernafas kerana kasihJalan hidup dan takdirku yang telah tertulisWalaupun perit dan berat langkah kakikuBerjalan mengikut takdir yang azaliNamun bahagia yang datang menjemputMenjadikan aku masih lagi yang ketiga”
Sofia Zaharah

-----------------------------------------------

27 Syaaban.
 Nazirah tersedar dari lenanya apabila namanya dipanggil. Cahaya lampu pendarflour membuatkan kornea matanya mengecil mengurangkan kapasiti kecerahan cahaya yang masuk ke dalam matanya.

Terpisat-pisat dia membersihkan mata yang berpasir. Lama, barulah matanya boleh terbuka sepenuhnya.

“Dah pukul berapa ni?” soal Nazirah. Telefon bimbitnya yang ada di sebelah bantalnya dicapai.

“Pukul 4 pagi.” Murni tersenyum memandang Nazirah yang baru bangun.

“Awalnya kau bangun? Nanti kau susah nak tidur balik.” Nazirah memandang Muri yag tersenyum manis.

“Kenapa kejut aku ni?” soal Nazirah sekali lagi.

“Kau kan nak puasa hari ni. Jadi aku kejut kau bangun awal. Aku dah masakkan air, kau nak makan apa?” soal Murni.
Nazirah terdiam sebentar.

“Aku ada Milo, petang semalam pun ada beli bubur.”

“Atas meja kau tu aku ade letakkan biskut oat. Kau janganlah puasa minum milo panas je.” Murni bangun menuju ke meja belajarya.

“Kalau tak larat nanti susah. Lagipun esok kelas kau padatkan?” Dia menyambung, tangannya mencapai telefon bimbit lalu kembali ke Nazirah yang masih mamai.

“Subhanallah, kesiannya kau. Aku cuma nak puasa sunat je, kenapa kau sanggup bangun nak kejut aku ni?” Nazirah rasa bersalah.

“Alah, tak ada apa pun. Bangunlah, pergi gosok gigi, lepas tu sahur ye.” Murni kembali memanjat katilnya di atas katil Zarith.

“Terima kasih Murni…” Nazirah memandang Murni. Senyuman ikhlas dibalas.
Nazirah bangun dari katil, dia memandang di atas katilnya. Izzati masih lena begitu juga Zarith. Murni memandang Nazirah dengan senyuman, kemudian dia menyembunyikan kepala ke dalam selimut.

Nazirah membuka pintu bilik, berus gigi dan ubat gigi dicapai lantas langkahnya menuju ke tandas. Bilik-bilik lain di aras satu blok B itu sunyi sahaja.

Almaklumlah, masing-masing masih lena diulit mimpi. Selesai sahaja memberus gigi, Nazirah mengambil wuduk. Langkahnya kembali ke bilik. Pintu bilik dikunci.

Air panas itu dituang ke dalam cawan yang beisi serbuk Milo. Biskut yang diberikan Murni disimpan di dalam laci. Dia menyiram air panas ke dalam bekas bubur segera yang dibelinya semalam.

Selesai bersahur, Nazirah menyarung telekung, sejadah dibentang. Lampu dimatikan semula dan solat tahajud dan solat sunat hajatnya dimulakan. Sujudnya lama seperti biasa, doanya tak pernah berbeza.

“Ya Allah, 27 Syaaban ini. Genaplah umurku 18 tahun bernafas menyedut udara mu. Kau ampunkanlah dosa-dosaku yang menggunung banyaknya sejak aku lahir ke dunia-Mu sehingga saat aku masih bernafaas sehingga hari ini. Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku…”

“Kau rahmatilah hariku ini, kau berkatilah umurku ini. Hadirkanlah kepadaku sebuah cinta, yang akan membuatku lebih mengingati-Mu, mencintai-Mu dan semakin menyayangi-Mu.”

“Di hari lahirku, ku hanya mengaharapkan Kau tetap disisiku agar aku tidak leka menikmati rahmat-Mu sehingga melupai-Mu. Amiin Ya Rabbul Alamiin…” doa Nazirah terhenti. Air matanya dihapuskan.

Berharap hari lahirnya berjalan dengan rahmat Ilahi. Dia terlena di atas sejadahnya sehingga subuh menjemput.

~ * * *~


-----------------------------------------------

Cintakah itu.
Sementara menanti, Nazirah membuka bukunya. Dia berjanji dengan rakan-rakan yang lain untuk bertemu di kafe itu. Jam tangannya dipandang.

“Lambat lagi…” Nazirah mengomel sendiri.
Bukunya dipandang semula, dia hanyut perlahan-lahan dalam lautan ilmu yang terhidang dihadapan matanya itu.

“Allah, selamatkan kamu…” Nazirah mengangkat kepalanya mendengar suara itu.

“Allah selamatkan kamu…” Kek dengan lilin yang menyala disuakan ke hadapan Nazirah. Hayat, Ain dan… Farabbi. Ada di hadapannya. Nazirah menelan air liur.

“Allah selamatkan Nazirah Sabhi…”

“Allah selamatkan kamu…”
Degup jantung Nazirah bergetar hebat. Dia memandang kek keju di hadapannya. Pandangannya silih berganti memandang kawan-kawannya dan Farabbi.

“Cepatlah tiup lilin tu.” Ain tersenyum.

“Sebelum tu. Make a wish!” Farabbi duduk di hadapan Nazirah dengan senyuman.

‘Ya Allah, debaran apakah ini? Mengapa ini yang aku rasakan setiap kali dia di hadapanku… Ya Allah, andai rasa ini benar, kau permudahkanlah jalannya. Amiin’

Itu hajat yang diniatkan di dalam hati Nazirah. Lilin ditiup lantas terpadamlah lilin-lilin yang menyala. Farabbi menghulurkan pisau pemotong kek kepada Nazirah.

Kek keju itu dipotong. Di bahagikan dan disua kepada kawan-kawannya. Indah malam ulang tahunnya itu terasa. Farabbi mendekatinya.

“Zirah…” Panggil Farabbi perlahan. Nazirah menoleh.

“Selamat ulang tahun… Islam…” senyuman manis dihulurkan.

“Terima kasih. Buat susah awak je. Ni mesti rancangan kawan-kawan saya kan?” soal Nazirah. Dia segan apabila senior seperti Farabbi sudi menyambut hari ulang tahunnya.

“Mana ada yang susah kalau untuk orang yang kita suka…” sengaja Farabbi memperlahankan suaranya.

“Apa dia?” soal Nazirah. Suara Farabbi seakan hilang dipuput angina.

“Tak ada apa yang susahkan saya…” ulang Farabbi. Dia memandang wajah Nazirah.

“Ini. Saya ada belikan ini masa saya balik kampung.” Sehelai sapu tangan berwarna biru laut diberikan kepada Nazirah.

“Terimalah. Selamat ulang tahun.” senyuman ikhlas dihulurkan sekali.

“Buat susah awak je…” Nazirah menyambut huluran itu.

“Terima kasih.” Nazirah membalas senyuman yang mengiri hadiah itu.

“Takda susah mana pun. Tapi taklah semahal mana-mana hadiah yang awak pernah dapat…” Farabbi merendah diri.

“Tapi yang ini ikhlas… Lebih ikhlas daripada hadiah yang mahal…” Nazirah tersenyum lagi.

“Cantiknya.” Nazirah memuji.

“Janganlah terlalu memuji, takut ikhlasnya hilang…” Farabbi senyum lagi.

“Ehem.” Hayat berdehem memandang Nazirah yang malu-malu
.
“Birthday girl, dapat apa tu?” soal Ain. Tangannya menguis sedikit jari Nazirah.

“Wah, cantiknya. Pandai pilih…” Ain memuji.

“Mana tahu Zirah suka warna-warna macam ni?” Ain memandang tepat ke wajah Farabbi.

“Sedap mata saya memandang, saya belilah.” Farabbi ketawa.

“Wah, chemistry!” Hayat menolak bahu Farabbi. Pecah derai ketawa mereka dihari ulang tahun Nazirah.
Sebelum pulang ke bilik, Farabbi memanggil Nazirah.

“Saya, suka awak… Jaga diri ye.” Farabbi tersenyum sebelum membiarkan Nazirah berlalu dengan senyuman yang bererti.


bersambung.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...